Wednesday, December 24, 2008

Mesyuarat Semula Wanita Kg. Kuala Sat


(Gambar hiasan)


23/12/2008 - Beberapa Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut telah mengadakan lawatan ke Kg Kuala Sat, Ulu Tembeling bagi menjalankan mesyuarat Wanita UMNO peringkat cawangan ini berikutan mesyuarat yang lalu tidak disahkan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian dahulu.

Suasana mesyuarat berjalan dengan tenang dan aman tanpa apa-apa kekecohan. Sebahagian ahli-ahli pergerakan wanita cawangan turut menyuarakan kekecewaan mereka berikutan tindakan ketua wanita terdahulu tidak mengesahkan mesyuarat mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat menyertai mesyuarat perwakilan bahagian yang lalu.

Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah ketua UMO cawangan Kg Kuala Sat yang menyatakan kegembiraannya apabila wanita UMNO cawangan telah dapat dipulihkan semula.

Mesyuarat Semula Wanita UMNO Kampong Pagi

Pada 17.12.2008 lalu kami (Sebahagian Ahli Jawatankuasa PergerakanWanita UMNO Bahagian Jerantut: Norhelan, Kak Wah, Kak Wan , Wan Rohani) telah mengadakan lawatan ke Kampong Pagi Ulu Tembeling bagi mengendalikan mesyuarat semula Wanita UMNO Cawangan Kg. Pagi.

Mesyuarat Wanita UMNO Cawangan Kg. Pagi
Tempat: Balai Raya Kg Pengau,
Masa: 11.00 pagi 17.12.2008

Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih 30 Ahli wanita cawangan. Turut Hadir Ketua UMNO Cawangan Kampong Pagi En. Zakaria Bin Ramli.

Wanita UMNO Cawangan Kg. Pagi yang telah bermesyuarat sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut bagaimanapun telah diistiharkan tidak sah dengan alasan yag kurang jelas menyebabkan perwakilan cawangan tidak dapat menyertai Mesyuarat Perwakilan Bahagian.

Dalam mesyuarat semula yang dijalankan itu, bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Puan Maznah binti Hamid telah dipilih sekali lagi memegang jawatan ketua wanita umno cawangan.
 

©2009 Diari KW | by TNB